Tuesday, November 18, 2014

Assalamualaikum.

Selamat datang ke blog saya. Sedikit gambaran mengenai pemprosesan makanan

Pemprosesan Makanan merupakan satu cara atau teknik menukarkan bahan mentah kepada makanan atau menukarkan bahan mentah kepada pemakanan lain (haiwan/ tumbuhan) samada dilakukan di rumah ataupun melibatkan aktiviti industri.

Pemprosesan Makanan mengkhusus kepada tanaman lepas tuai dan haiwan disembelih untuk dijadikan makanan yang boleh dipasarkan dan disimpan lama.


Secara umumnya..bahan mentah makanan bersifat mudah rosak seperti ikan, daging berbanding sayuran dan buah- buahan. Manakala bijian mempunyai jangkahayat yang lebih panjang. Oleh itu pemprosesan makanan adalah diperlukan di samping penggunaan teknologi dan kejuruteaan makanan.

Penggunaan bahan tambah makanan (food additive-food grade) menjadi satu keperluan dalam pemprosesan makanan untuk memastikan makanan yang dihasilkan berada dalam keadaan selamat untuk dimakan. Walaupun begitu, penggunaannya perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

No comments:

Post a Comment